Trip ini merupakan trip tahun 2013..
HANOI merupakan ibu negara Vietnam yang terletak di sebelah Utara Vietnam dan merupakan kota terbesar kedua selepas HMCM di Vietnam. Sejak tahun 1976, Vietnam mempunyai lebih 2.6 juta penduduk. warghhh... ramainya amnusia Vietnam... Hanoi merupakan salah satu bandar yang berusia 1000 tahun lebih dengan kekayaan budaya, pemandangan indah dan kepadatan bandarnya. Old Quadters merupakan pusat bandar perniagaan dalam Bandaraya Hanoi....

Dari Airport Noi Bai, Hanoi mengambil masa 1 jam untuk sampai di pekan Old Quarters. Old Quarters merupakan pusat perlancongan dan perniagaan didalam bandaraya hanoi. Menjadi tumpuan pelancong memperolehi cenderamata atau buah tangan utk dibawa pulang, pekan yg sgt sibuk seawal jam 6pagi membuatkan pekan Old Quarters sgt unik dgn bingitan bunyi hon kenderaan sebagai tanda komunikasi sesama pemandu atau dgn pejalan kaki.
Pada pengamatan aku setelah sejam mengharungi kebisikkan hon segala bagai kenderaan, aku melalui jalan-jalan yang kecil ini dengan berbekalkan kamera Olimpus waterproof langkah aku terhenti di kedai hp... nak beli simkad... so 30min juga nak settlekan pembelian simkad... nasiblah masih waktu pagi... dan perut bekeroncong... huuh... mintak makanan... so selepas settle, mulalah mata memerhati dan mulut bertanya kepada penduduk tempatan tentang makanan halal disini...
sebenarnya ada 3 buah kedai yang menyediakan makanan halal... Indian Cuisine, Little India dan Nisa Restaurant tapi yang paling aku xragu adalah Little India... why...? owner Lithe India ni warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara Vietnam.. dan yang paling penting tukang masak termasuk dengan pelayannya adalah Muslim... so comfident la skit kan... aku masuk terus bagi salam dan of course diaorg jawab dengan senyuman... masuk tengok wahhh.... terus kengkawan mintak bilik lain... hahahaha... apalah... aku sememangnya lebih suka tempat yang open... bleh usha dan paling penting, kita kena tunjukkan yang rakyat Malaysia ada kat Hanoi... hahahaha.. poyo je kan... padahal ada je Kedutaan Malaysia kat Hanoi ni... muahahahaha... so order lah makanan.. menunya masakan melayu, india dan china but semuanya halal... no lembut pendek... hehehehehe...
lepas makan, then pusing-pusing Old Quarters ni... jalan kaki ler... walaupun ada kengkawan yang mencari motor sewa, tapi aku lebih rela berjalan kaki... lagipun 4 jam je lagi akan berada di Old Quarters ni sebelum angkat sauh ke stesen keretapi Hanoi...
so.. dengan cuaca yang agak panas, aku redah je.. akhirnya aku sampai di tasik yang ada jambatan merah... nama tasik ni Tasik Hoan Kiem atau omputihnya Lake of Returned Sword... teringat pulak citer Running Man.... hahahhaa... mengumpul pedang-pedang seluruh Negara Asia bagi menghidupkan kura-kura gergasi emas... hahahahah...
Sebelum abad ke-15, tasik ini dikenali sebagai Tasik Luc Thuy (Green Water) sehinggalah lagenda menyebut seekor kura-kura iaitu utusan Raja Naga muncul di permukaan tasik dan meminta Raja Le Loi menyerahkan sebilah pedang yang digelar Thuan Thien (Harmonious with Heaven). Pedang tersebut digunakan oleh Raja Le Loi ketika mengalahkan bala tentera Dinasti Ming dari negara China. Akur dengan permintaan tersebut, Raja Le Loi lalu melemparkan pedang itu ke tengah tasik dan dibawa tenggelam oleh kura-kura itu.
Daripada peristiwa ini, nama Tasik Luc Thuy lalu ditukar kepada Tasik Hoan Kiem dan sebagai memperingatinya, sebuah Turtle Tower dibina di atas sebuah pulau kecil di tengah Tasik Hoan Kiem. Menyelusuri laluan pejalan kaki di sepanjang tasik, kelihatan gaya hidup warga Old Quarter di waktu petang seakan aktif sekali. Selain aktiviti berjogging dan berbasikal, kelihatan juga anak-anak muda riang bermain badminton di pinggir tasik bersama sekumpulan warga veteran sedang asyik melakukan senaman Tai Chi, sambil ada juga yang sekadar duduk di bangku-bangku menikmati pemandangan indah dan angin petang yang nyaman Tasik Hoan Kiem.
Kemudian aku menyeberang pula sebuah jambatan kayu ke pulau kecil di pinggir tasik, terletaknya Ngoc Son Temple (Temple of Jade Mountain). Temple ini dibina sekitar abad ke-18 dan pada mulanya ia dinamakan Ngoc Son Pagoda kemudian ditukar kepada Ngoc Son Temple memandangkan ia dibina sebagai tempat penghormatan kepada Van Suong iaitu seorang tokoh bersejarah dalam kesusasteraan Vietnam dan juga Tran Hung Dao, seorang panglima tentera yang berjaya memimpin rakyat Vietnam mengalahkan pencerobohan tentera Dinasti Yuan dari negara China. Dengan bayaran tiket 10 000 VND, aku mengambil masa sebentar menjelajah pulau Ngoc Son Temple yang tidaklah seluas mana. Ramai jugak anak-anak muda tengah ber'datenk' kat jambatan merah ni... walaupun sempit dan kanak-kanak berlari namun suasana riang dan mesra....

Kemudian aku melintasi jalan nampak patung besar... patung pemerintah terdahulu... hehehe... tentang ini aku tak sempat atau masih mencari-cari info tentang patung ni...
setelah penat berjalan, aku balik ke hotel... sampai hotel, tengok sorang-sorang terbonkang... penat lah tu.. so aku lak amik masa itu untuk mandi dan siap back pack... dalam jam 7 mlm mcm tu akan gerak ke stesyen keretapi Hanoi... perjalanan ke SaPa memakan masa 12 jam... for sure tdo dalam keretapi.... hehehe....
No comments:
Post a Comment
kodokrians talk