Saat aku buat entry ni, aku masih di tempat yang sama, daerah yang sama.. masyarakat yang sama... orang sekeliling saya je lain.. hehehhe.... ini entry tahun lepas yang tak sempat aku letakkan... hurmm...
**********************************************
selepas kembali dari Mersing, Johor... saya keluar... kali ini ke Kuala Tahan National Park atau Taman Negara Kuala Tahan.... trip yang sudah dirancang pada awal tahun 2012 dan di laksanakan pada hujung tahun.... hehehehe... menarik kan... gila.. jadual yang amat pack dari bulan 9 sehinggalah hujung tahun... hehehehe..
kali ini saya ke Kuala Tahan melalui Cameron Highlands... apabila sudah sampai di Cameron Highlands wajib lah untuk singgah di ladang teh... hehehehe....
setelah puas bersnapping, kami gerak ke Ringlet.. kami memasuki simpang kiri menghala ke Kuantan... sebenarnya inilah 1st time saya melalui jalan ini... jika dulu perlu melalui Gua Musang... agak jauh sebenarnya klau melalui gua musang, merapoh seterusnya ke Kuala Tahan...
Sampai di bandar kecil kuala lipis yang masih serupa... tidak ada yang berubah... masih lagi sebuah pekan kecik yang punyai segalanya yang diperlukan... lauk ikan patin yang sememang menjadi idaman hati... saya sempat mengajar kawan saya makan ikan patin masak tempoyak... jelas sekali, sekali cuba pasti mengingatinya... hahahahah.... kami sempat juga menerokai pasar hari atau org pahang ckp pekan sari... pasar begini mmg menarik perhatian hati... kerana kat sini lah kita boleh melihat, merasai dan mempelajari gaya hidup mereka... cewahhh....
Akhirnya sampai di taman negara dalam jam 5.00 petang.. selepas taklimat oleh guide kami, masuk bilik dan saya lepak kejap melepaskan penat...malam ni aktiviti night walk n bumbu... hehehehe....kami berkumpul dan saya mendahului jalan kaki ke bot yang sedang menunggu kami... hahaha...en zahir menunjukkan lelaki yang berambut kerinting kepada saya... wahh... hemsem nya mamat tu... tapi aku tak meluahkan... sejenak dan saa masih tidak mengenali... tetiba mamat tu tersenyum memandang saya...wahhh.... hemsemnya.... tapi masih lg tidak mengecamnya... akhirnya en zahir berkata "ingat tak budak yang pernah kamu lemaskan dulu..." hehehehe.... whoa... dah dewasa rupanya...
Ingat lagi ketika tu, saya pernah ke sini dengan membawa student rakan muda... waktu tu dia masih muda belia.. dalam form 5 saya rasa... dia yang menjadi guide dengan mulut yang becok... hari terakhir saya jatuhkan dia dalam sg tembeling... hampir lemas klau saya tak tarik baju naik keatas rumah bot... hahahahaa...masa saya masih kaki buli dan nakal...
Sekarang budak tu tak bleh di pggl budak tapi mamat... mamat hemsem... klau si mamat tu baca blog ni comfirm dia senyum.... hahahhahaha..... gediks kan... eeeeeee.... owh tidak... mamat di bawah umur... hahahahhaa.... indahnya dunia klau dikelilingi oleh mamat hemsen mcm tu kan... hahahaha.. owh, maafkan saya... tiba-tiba ke'gedikskan tu muncul... shuh g main jauh2....
one big family..
gegirls...
so pada satu hari ini saya kan melakukan bnayak aktiviti... antara aktiviti hari ni adalah...:
1. mendaki bukit terasek
2. menaiki jambatan gantung yang tertinggi di Malaysia
3. boat race
4. perkampungan orang asli
5. mandi manda di sungai nusa
Kat taman negara ini, kita perlu menyerberangi sg tembeling utk ke pej hutan taman negara... bot okay, bukan ferry... hahhahaha... bagi sesiapa yang first time naik bot panjang dan kecil ni, memang berasa takut, seram, panik... lebih panik lagi bila bot ini meluncur laju di arus deras sg tembeling... hahahah... masa menulis ni pun saya boleh terbayang-bayang dan terdengar suara-suara kengkawan yang menjerit... muahahaaha...
pagi itu, menapak... menapak ke...? tak lah menapak tapi mendaki.... mendaki bukit terasek... tinggi nya 344 meter paras laut... yang bagusnya, sekarang orang-orang pejabat hutan telah memasang tangga untuk mendaki... klau dulu masa last datang 2008, trek nya masih tanah dan akar-akar kayu... mungkin untuk memudahkan pengunjung dan tourist luar negara mendaki agaknya... owh ya... pagi itu pun group kami berselisih dengan pelancong luar negara... memang diakui, taman negara ini sering dikunjungi oleh pelancong asing... hurm...
Sebenarnya taman negara kuala tahan ini dijaga dan dilindungi sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan. Taman Negara ini dilindungi kerana terdapat tarikan geologikal dan biologikal. Selain menjadi tempat pemula / penamat bagi pendaki ke Gunung Tahan, hutan taman negara ini menjadi tempat ujikaji bagi ahli-ahli sains seluruh Malaysia & Dunia.
taman negara ini juga menjadi sebahagian tempat tinggal orang-rang asli.... di hutan tebal ini juga, kita boleh terserempak dengan haiwan-haiwan yang hampir lupus seperti tenuh, seladang, rusa, harimau, gajah dan lain-lain lagi. selain orang asli, ada juga terdapat orang asli kuno... maksud saya orang asli zaman mesolitik... arghhh.... klau tak silap saya lah kan.... ada juga orang asli moden.. orang asli moden akan hidup di tempat-tempat yang bekelompok dengan masyarakat luar dan akan diberikan kemudahan-kemudahan asas oleh kerajaan.
tangan orang asli moden..
kalau nak melihat orang asli di Taman Negara, perlu lah berurusan dengan Pejabat Taman Negara atau agen-agen di sekitar Taman Negara yang rata-rata nya penduduk disini... agen-agen ini akan mengenakan harga yang berpatutan mengikut kadar yang yang telah ditetapkan oleh Pej Taman Negara Kuala Tahan.
selepas mini mendaki Bukit Terasik, merasai pengalaman jambatan gantung yang tertinggi di Asia, Boat Race Sg Tembeling dan melawat perkampungan orang asli... kami merancang untuk singgah ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang..
Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah terletak di Lanchang, Pahang... pusat ini merupakan satu pusat yang unit di Malaysia yangbberperanan untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan... maksudnya gajah liar yang merajuk dan memberontak sebab manusia mengambilalih tempat diorg... hehehe... pusat ini telah memindah lebih 700 ekor gajah selama tempah 30 tahun.. ! gulp... hebat kan..... kalau korang nak tahu lebih lanjut dan melawat boleh klik Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ini...
nnapurna trek kem asas
ReplyDeleteAnnapurna Sanctuary Trek - 15 hari atau Annapurna asas trekking kem
Annapurna Base Camp adalah salah satu trek terbaik Nepal sebagai gabungan daripada pemandangan alam yang indah dengan pelbagai budaya. Tarikan-tarikan utama di tempat ini akan Himal Annapurna termasuk Himchuli, Selatan Annapurna, Annapurna satu, Annapurna II, Annapurna III dan Machhapuchhre 6,997m dan banyak lagi yang lain pergunungan. Lebih 20 ke atas gunung Annapurna pelbagai mereka adalah 2 akan lebih 8000thosed métier maka orang lain kurang 8000 ribu bud lebih tinggi daripada 6000 ribu meter
Tanah teres di atas Pokhara dan pastures itu, kawasan hutan oak, buluh dan rhododendron memberi. sensasi yang ada. Pandangan Dhaulagiri dan Kali Gandaki, pelbagai Annapurna adalah lebih menarik. Lawatan ke Santuari itu batin Annapurna memberikan anda pemandangan panorama puncak sepuluh lebih 6000m. Mata air panas semulajadi di Jhinu danda yang agak santai mandian panas, ia membantu mendapatkan kuasa dalam badan,
ABC yang amat sesuai untuk mana-mana trekker yang mempunyai stamina cukup untuk berjalan beberapa jam sehari. Pengalaman Kembara yang sebelumnya adalah tidak perlu dan satu tidak perlu super fit badan. Latihan sehari-hari sebelum perjalanan adalah sangat disyorkan. Februari hingga Jun dan September hingga Disember adalah masa yang baik untuk menikmati trek ini dan Kembara ke kem asas Annapurna
Ia adalah pada rout trekking popular mesti di Nepal dan yang yang menginap seperti pendek perjalanan mereka sangat mudah untuk trek ini, mesti Kembara cara yang popular ke kem asas Annapurna, Helli, Nayapool, Thekhedung, Ghorepani, Tadapani, Chhumrung, Bomboo, Doven, Hamayan, Deurlai, kem Machhapuchre, Annapurna asas perkhemahan, Jhanu Dada, Landruk, Pothana, Dhampush, Phedi, Ghanruk dan Bherithati
http://nepalguideinfo.com/Annapurna-Sanctuary-trek/
http://nepalguideinfo.com/
http://www.hikehimalayas.com/trekking-in-Nepal/trekking-Region/Annapurna-Region/Annapurna-Sanctuary-trek.html
https://www.Facebook.com/Independenttrekkinguidenepal
Email-:sanjib-adhikari@Hotmail.com