Sunday, 14 July 2013

Jogjakarta - Malioboro


sambungan dari entry sebelumnya

dari Candi Borobudor, kami menuju ke kota Jogjakarta atau yang lebih dikenali dengan Maliboro... sebenarnya inilah first time saya ke sini... yalah bagi orang yang biasa dan selalu ke sini, maliboro sentiasa menjadi sebutan... Malioboro merupakan pusat bandar bagi bandar Jogyakarta... Malioboro berkembang dengan perlahan-perlahan sebagai pusat aktiviti perdagangan dengan adanya G. Merapi / Merbabu dan Candi Borobodor. 

suasana di Maliboro amat sibuk.. ada yang berjalan kaki, ada yang menaiki kuda dan ada yang menaiki tut tut... dan nak parking pun agak susah... so takpe parking jauh skit.. senang leh cuci mata tengok kedai... hehheeh... apapun kami makan dulu... saya order nasi bakso.... sambil makan, sambil plan dan bincang nak tengok barang-barang outdoor... heheheheh... 

keluar masuk, keluar masuk kedai tak beli apapun.. mostly banyak jenama EIGER... hahahaha.. dan saya sempat menyambar beg untuk jantung hati saya Nikon... hahahaa... 


setelah puashati berpusing sakan Maliboro, guide kami Bean serta anak buahnya membawa kami ke Padang Awam atau dalam bahasa lain alun-alun kota Jogya ... uwargh... pada mulanya saya tertanya-tanya gak kenapa datang Padang Awam ini.. yalah persekitaran bukanlah di tepi pantai ke atau tengah hutan tapi di pinggir bandar... ditengah-tengah padang awam ini ada 2 pokok beringin besar yang dipagar... kat sini ada yang beriadah... naik kuda, naik beca atau tut tut dan ada game bola sepak di hujung padang... dan di satu sudut padang ada game main tutup mata dan jalan ke depan... atau berhenti di tengah-tengah pokok besar...


pada mulanya saya hanya melihat dan mengkaji permainan ini... kemudian bertanya kepada bean... Bean hanya gelak2 saja... lantas saya amik pendekatan sendiri... mungkin klau lihat, kita menganggap permaianan ini untuk mengenakan orang sebagai hiburan tetapi sebenarnya tidak.. sebenarnay permaianan ini menunjukkan arah kehidupan diri kita yang sebenar.. membuat keputusan tanpa mengetahui penghujung kehidupan kita di masa depan.. ada juga yang berkata bahawa kalau kita berjalan dan berhenti di tengah-tengah antara 2 pokok tersebut bermaksud masa keputusan yang kita buat menyebabkan kehidupan kita in future balance dari sosial dan harta serta keluarga... tetapi jika kita kearah kanan kita memilih kehidupan yang berteraskan kasih sayang.. dan ke kiri pula lebih kepada harta dan wang ringgit... ntah lah.. dan yang pastinya.. saya tidak percaya... hahahaaha....


hari yang lewat petang, dan puas bermain Mas Bean ajak minum di gerai yang bergerak.. order minuman ronde... pada mulanya saya agak pelik dan ragu-ragu... kemudian mas bean menjelaskan bahawa ronde-ronde ni air buah yang dicampur... lalu saya mendekati makcik itu.. melihat dia meletakkan berbagai jenis buah... wah.. rupanya-rupanya ronde ini lebih kurang macam air laici kang kat Malaysia.. hahahaa.... 

lampu-lampu di tut-tut mula bercahaya.. dah jadi macam kereta berhias plak... teringat zaman kanak-kanak saya yang akan mengambil bahagian untuk naik kereta berhias dalam pertandingan kereta berhias setahun sekali.. hahahahaa.... lepas makan, guide menghantar kami ke stasium keretapi... 



Malam kami naik keretapi dan suasana agak sedih... yalah walaupun pertama kali jumpa diorg, terus selesa bersama diorg... insyaAllah akan berjumpa kembali ngan diorg...


No comments:

Post a Comment

kodokrians talk

Popular Posts