Monday, 12 May 2014

Soeul, Korea - Day 1



alhamdulillah... sebenarnya travel kali ini di luar jangkaan saya... tiba-tiba my mom call kata "jom g korea..?" haissh... biaq betoi... masa tulah tengah cuti minggu... saja balik kampung... setelah dapatkan tiket, terus call dan sahkan untuk join group backpakers ke Korea... Musim Bunga Sakura kata mak saya... hehehhe...

17 April 2013 - seawal pagi jam 5.30 pagi, kami sudah terpacak kat LCCT... lepas check in terus tggu masuk waktu subuh.. after solat subuh, lepak sambil tggu boarding... dan 5 jam perjalanan kami sampai Incheon International Airport, Seoul.. waktu jam kul 12.30 tengahari, keadaan cuaca waktu kabus... huhuhu... dan sedikit sejuk... group backpackers kali ini ada ramai lah jugak... dan seorg telah menunggu kami di pintu keluar.. setelah mengedarkan kad Subway, sedikit taklimat dan welcoming daripada beliau, En. Abdul Halim.. hehehehe...



first time belajar naik subway dan terus download 'laluan subway'... so kali ni travel ke serata seoul dengan subway dan bas rapid... semua guna kad yg sudah diberikan... yang paling aku kagum ialah capaian internet free atau erti kata lain WiFi... kih kih..

tempat penginapan area University Hongik.... group backpakers yang pertama kali saya join... hehehe... ramai gak dalam 12 hingga 15 orang... tumpuan lebih kepada kesibukkan orang-orang korea terutama di kawasan Hongik Universiti...




selepas check in di Mr. Kang Guesthouse, terus letak beg dan rehat... waktu tu dah malam... sejuk lagi... ramai jugak yang sudah tersadai tapi... saya dah bersiap2 nk kuar di kawasan kejiranan... hehehehe... walaupun hanya dengan pakai sliper... dan suar batik tdo....

menurut perkiraan saya, kat kawasan sini ada yorgurt pisang yang paling sedap... pernah di war2 kan tapi bagi saya yang kurang minat, so xmenjadi masalah... cukuplah dengan dapat coffee di 7eleven semasa perjalanan.

pada waktu malam, so aku tak pasti keadaannya tapi apa yang aku bleh gambarkan sekarang adalah.. Area Hongik Universiti ni banyak hotel, guesthouse dan backpakers budget... di kawasan ini menjadi tumpuan remaja-remaja dan anak2 muda macam saya sebab berdekatan dengan Universiti kan.. hahahh... ada kedai-kedai yang yang menjual pakaian, shopping compleks... dan pelbagai lagi.... tapi yang pasti nya di sini juga ada kedai coffe prince dan hello kitty...

kedai hello kitty dah jumpa sebab dia berdekatan cuma coffe prince kena mencanak skit so.... untuk 1st day dan 1st night saya hanya mencuci mata di kawasan laluan utama anak-anak muda korea... hehehhe... tetiba jumpa anjing besar... sangat besar separas pinggang tapi xkacau orang... still takut... huaaaaaa....


No comments:

Post a Comment

kodokrians talk

Popular Posts