Sunday, 28 December 2014

Nami Island, Korea - Day 2

sambungan

day 2 - 18 april 2013 - Nami Island

hari ni keluar awal.. pagi ni akan melilau ke Nami Island... yeayyy... pulau yang penuh dengan cinta Winter Senota... ini sebenarnya yang membuat aku teruja dan lebih teruja... dari guesthouse, kami jalan kaki ke subway... cuaca sebenarnya sejuk.. sejuk skit dan lebih sejuk daripada Cameron Highland or Genting Highlands... tambahan pulok klau waktu angin menderu... huhuhuhu... tapi memang sejuk... hehehehe... alaaaaa... macam tak biasa pulak kan... 

dari Hongik University station, lorong 3 tak silap aku, turun tukar lorong 7 nak ke Lotte.. di Lotte ni tunggu bas ke Nami Island yang memakan masa lebih kurang2 jam perjalanan.... pada mulanya aku ingatkan bas rapid atau local bus tapi rupanya bas ekpress.. waaaaaa... tak syioknya... tak bleh nk rasa lompat2.. hahahahaha.... 'apa....? kau ingat kampung ceruk tok kun mana...' tapi aku amik seat belakang sekali... hahahaha... tetap gak nak rasa lompat2 kan... 


tapi ok la.. sebab tiket ini dibeli sekali dengan tiket naik bot ke Pulau Nami... Pulau Nami menjadi destinasi idaman ramai setelah ianya menjadi lokasi penggambaran drama sensasi Korea, Winter Sonata.

Terletak 63 km dari Seoul pulau yang berbentuk bulan sabit ini kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah sungai Han (wow, pulau tengah sungai). Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.

Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko, tupai melompat2 dan burung unta pengintai di celah pokok, semuanya indah , harmoni dan menenangkan jiwa.

sampai di jetty, ramai gak yang menanti naik bot... Apabila dah sampai ke jeti boat ke Pulau Nami, pergi ke kaunter tiket untuk naik boat n ke Pulau Nami, Harga tiket 10000 won untuk pergi dan balik tapi sometime dapat diskaun 8000 won je harga tiket...

sambil menunggu bot, kaki sempat melangkah ke menara flying fox.. 60000 won dikenakan bagi sapa-sapa yang berminat nak fly ke Pulau Nami... rasa hati mahu tapi bajet kurang so katakan tidak... tidak dinafikan ketinggiannya menara tu below 80 meter tapi bagi diri aku, aku sudah melangkaui ketinggian tersebut cuma... suasana berbeza... tapi bagi orang yang tidak pernah melakukan aktiviti outdoor ketinggian jgn lah try.. klau nak try dapatkan nasihat doctor atau g check jantung dulu.. huhuhuhu... apapun kena berani... aku..? hehehe...


akhirnya kaki melangkah dalam bot... kat atas bot tu ada 2 bahagian.. outdoor dan indoor.. di bahagian indoor terletak di tengah-tengah dan ada beberapa kerusi untuk duduk... bleh la sapa2 nak masuk kat situ kalau xnak kena angin dan... bahagian outdoor lak disekeliling.. bleh berdiri dan tempat duduk terhad.. so berdiri lah sambil menghayati keindahan dan berphotoshoot.. hehehe..  kat atas bos tu ada bendera termasuklah bendera Malaysia.. 

finally.. sampai je di Pulau Nami, kaki mula melangkah dan mata-mata melihat sekeliling... yup... aku masih ingat citer winter sonata tu... lokasi dan scene mana yang ada.... waktu masih pagi dan tidak lah terlalu ramai sangat so jalan kaki.. pada awalnya mahu menyewa basikal tapi tak jumpa lak so amik keputusan jalan kaki... 
layan pic okay...

lokasi dimana couple ini first time kuar dating main salji..

hahaa.. siap ada letak scene citer tu lagi..

papan kenyataan 

antara barisan pokok2..

tetiba ada bunga sakura.. hik... hik..

dalam jam 4 petang kami mula gerak naik bot.. xramai lagi yang nak naik bot untuk kembali ke tanah besar... sebenarnya aku dtg lawat kawasan time tidak bersalji.. datang musim bunga kerana niat nak tengok bunga sakura... insyaAllah.. aku akan datang lagi jika ekonomi mengizinkan... hehehe..

sampai di tanah besar, kami menunggu bas... bas memang yang sedia ada dan kongsi-kongsi dengan penumpang yang lain.. sementara tunggu, kaki melangkah cuci mata melihat kraftangan yang dijual di tepi-tepi jalan.. itu pun jika ada.. hehehehe... 

dalam 5 petang kami naik bas... cuaca agak redup dan kami sampai di guest house pun dah malam.. malam tu kami makan nasi goreng.. hehehe.. 


5 comments:

  1. Salam Singgah...

    ingat lagi saya Beruang Madu... lamaaa dulu kita kenal... wah sekarang blog ni cantiknya.. gambar2 meletops... baru gi Korea yer... seronokkan sekarang senang nak jenjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam... hahaha.. what a suprise!! blog beruang madu best dan memang saya folo.. dulu la.. sejak2 kena block atau link tak bleh bukak.. so tak bleh nak folo sgt.. huhuhu.. serius kot tuan punya blog beruang madu comment kat sini.. thanks tau...

      Delete
    2. welcome... blog lama dah takder dah... susah nak maintain domain... so pakai balik blogspot tapi asyik tukar2 nama jer... sampailah sekarang... sama sama lah kita follow yer

      Delete
  2. tetiba boleh pula cik kodok tu terselit celah2 sakura hehehe...

    ReplyDelete

kodokrians talk

Popular Posts