hari ni sudah melangkah ke tahun baru... tahun yang akan aku lalui tanpa tahu apa yang akan berlaku... walaupun tak banyak ke luar negara tahun 2014 tapi banyak di luar kawasan... seringkali kata-kata "melompat kemana pulak cik kodok ni...?".. atas faktor keje, masa amat terhad... dan alhamdulillah... aku memiliki sesuatu yang amat lama aku inginkan.. walaupun tak sepnuhnya tapi.. cukuplah sebagai permulaan... dan salah satu yang aku kurang suka jugak, aku dapat juga memiliki walaupun bukan atas faktor keperluan tapi kehendak..
tahun 2014, banyak perkara yang terjadi... banyak jugak dugaan yang aku hadapi dan alhamdulillah.. di awal tahun hampir sebulan aku berada di Shah Alam.. macam-macam ragam dan kesabaran amat terbatas... alhamdulillah.. dipermudahkan oleh Allah SWT apabila ada kengkawan yang faham..
atas arahan 2nd big boss, aku berjaya membawa bebudak yang nakal pergi ke Stong... mahu tak nakal, tak pernah mendaki even gunung jerai pun tak pernah, tapi nak bawak kawan-kawan dia naik KORGA... ha ko.. maunya tak pengsan aku... walaupun takde kena mengena dengan aku tapi bahangnya tetap kat aku gak... "cik kodok, awak tak tahu ke..." klau jadi pape.."nape kamu tak tahu..sedangkan kamu yang sepatutnya tahu ttg aktiviti ni.." haaa.... jenuh aku nak jawab... so atas budi bicara aku bawak jugak tapi melencong ke Stong... walaupun ketua projek susah nak buat keputusan, aku menguji group nya untuk ke gunung jerai... finally, dia akur dan memutuskan ke gunung Stong sahaja... pengalaman dan alhamdulillah cuaca yang baik dan berpihak kepada kami sepanjang berada di Puncak Gunung Stong dan Baha Camp.. sempatlah jugak diorg merasa aktiviti air Jelawang yang terkenal... balik dari gunung Stong..
aku kemudian terbang ke Nepal... Nepal yang tidak banyak berubah selepas aku tinggalkan pada tahun 2002.. kali ini menjejak kaki ke Annapurna Base Camp (ABC) membuatkan aku puas untuk bermain salji.. bersama rakan-rakan... berada hampir 2 minggu aku berada disana... ikutkan hati aku memang aku akan terus travel ke India walaupun sorang tapi.. kerana dek halangan my mum yang tak melepaskan aku untuk ke India seorang diri.. dan of course le persiapan juga aku tak buat... maksud aku dari segi servei so... memang tak boleh... dan aku anggap itu bukan rezeki aku...
keterujaan dalam memiliki sesuatu yang berharga untuk aku bukan kehendak tetapi keperluan digelar bumblebee... tunggulah setahun untuk aku buat perubahan jika ada rezeki hehehe... alhamdulillah... part of kehidupan adik angkat ku nurhaslinda hamzah semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT... sesungguhnya nasib dan takdir manusia berbeza-beza... terpulang pada kita bagaimana kita menerimanya..
keterujaan dalam memiliki sesuatu yang berharga untuk aku bukan kehendak tetapi keperluan digelar bumblebee... tunggulah setahun untuk aku buat perubahan jika ada rezeki hehehe... alhamdulillah... part of kehidupan adik angkat ku nurhaslinda hamzah semoga tabah menghadapi ujian Allah SWT... sesungguhnya nasib dan takdir manusia berbeza-beza... terpulang pada kita bagaimana kita menerimanya..
alhamdulillah... sebelum meninggalkan bumi Malaysia buat kali ke-2, aku sempat membantu diorg untuk menjadi juara KKEC... dengan kemenangan oriienteering yang berpihak kepada tuan rumah...
keje yang sentiasa ada dan tidak pernah habis, sempat jugak aku jejakkan kaki di Gunung Berapi paling tinggi Indonesia iaitu Kerinci, 3805 meter... pengalaman mendaki gunung berkawah buat kali ke-2 selepas Merapi, cukup meninggal kesan amat mendalam.. lebih-lebih lagi detik tengah malam menghadapi "bau maybank" yang berdekatan dan bleh dikatakan amat dekat.. terdetik dihati bahawa haiwan itu ada sangat berdekatan dengan group aku yang berada pada ketinggian 2000 kaki.. tapi itu tidak mematahkan semangat untuk keluar dari kawasan tersebut...
balik dari Kerinci, jadual padat setiap hujung minggu dengan aktiviti dalam dan luar kampus, tahniah juga kepada staf yang rapat dengan aku menghakhiri zaman singlenya.. alhamdulillah.. semua berjalan engan baik...
aktiviti yang sudah lama aku tinggalkan iaitu white water rafting (WWR) kembali semula aku jejaki.. aku sudah lupa isyarat dan kata-kata kunci untuk sukan rafting ni... Sungai Kampar menjadi sungai yang pertama setelah 5 tahun.. huhuhu.. tapi kali ini dengan rakan-rakan yang satu kepala.. walaupun berlainan pangkat, tapi bagi kami yang berenam.. dan ada ketika berlima dan kadang-kadang menjadi sepuluh orang tidak menjadi penghalang untuk kami bergurau, mengutuk dan menjadi bahan.. semuanya okay je... walaupun ada yang mengumpat tentang kami.. ada kami kesah.. take care each other dan keberadaan bersama-sama melebihi segalanya...
sejak sekian lama tahun 2014 jugak buat kali ke-3 aku rasa.. barulah aku dan adik-adik yang lain dapat bersama-sama dan bergambar bersama.. jika tidak susah sangat apabila.. masing-masing sudah besar, ada aweks dan banyak menghabiskan masa dengan kengkawan.. tapi pagi raya semua ada.. dan sempat bergambar bersama-sama... hehehe..
selepas raya, aku terus lapor diri.. ada sukan... main futsal yang hampir 2 tahun aku tinggalkan.. tapi alhamdulillah.. fitness yang tidak pernah kurang (jongging setiap minggu) memudahkan aku menjalani dan mendepani latihan.. walaupun tidak ada rezeki melangkah kaki ke suku, tapi sekurang-kurangnya kami ada bersama-sama...
kemudian aku menghilangkan diri ke Labuan Cermin... untuk kali ke-3 aku meninggalkan bumi Malaysia.. hahaha.. Bumi Malaysia merdeka pada bulan tersebut tapi aku sambut luar malaysia.. tapi okay laaa.. aku balik tarikh merdeka kot... Labuan Cermin amat mendamaikan... tempat yang orang jarang atau boleh dikira jika ada pelancong datang... orang malaysia..? aku tak pasti.. mungkin jugak aku dan kawan2 org malaysia yang pertama sampai.. hihihihi.. perasan pulak.. hahaha... pengalaman berada 25 jam dalam kenderaan melalui jalan yang tidak berturap amat memberi pengalaman yang begitu berharga kepada aku... aku amat bersyukur sebab menjadi warga Malaysia... yup betul.. why..? memang malaysia amat mewah... tapi Indonesia terutama dikawasan pendalaman... huhuhu.. samalah jugak bagi kawasan pendalaman malaysia tapi malaysia masih maju.. alhamdulillah.. korang kena pegi dan melalui pengalaman hiway yang tak siap itu sendiri.. baru korang tahu... hehehee.. balik malaysia, memang aku g buat alignment beb..!
kemudian aku hadap keje di Besut, Terengganu... kan dah cakap... walaupun tidak keluar negara, tapi keje aku yang akan membuatkan aku berada di luar kawasan.. hahahah.. walaupun tahun 2014 xde rezeki bebudak aku, tapi alhamdulillah... berjaya jugak menghabiskan orienteering yang melibatkan hampir 200 pasukan IPT seluruh Malaysia... ke Besut membuatkan aku meninggalkan event yang nak hadir iaitu marathon... yalah sejak aku keje di utara ni susah aku nak masuk event2 mcm tu.. terpaksa redha... hahaha..
alhamdulillah... aku berjaya buat 1 jam 18mini untuk PBIM untuk 10km.. yap.. aku tahu sepatutnya aku bleh buat lebih baik tapi.. yalah xde rezeki.. hehehe.. tapi padan muka aku sebab sudah lama tak masuk marathon... salah satu sebabnya aku xde geng la..!!
kemudian aku tidak keluar kemana tapi masih luar kawasan apabila menghadapi sukan tahunan di Melaka... selepas melaka, aku tidak lagi keluar kerana menjadi tuan rumah untuk event sukan yang lain... aku hanya melangkahi penang, perlis dan perak sahaja...
kemudian aku tidak keluar kemana tapi masih luar kawasan apabila menghadapi sukan tahunan di Melaka... selepas melaka, aku tidak lagi keluar kerana menjadi tuan rumah untuk event sukan yang lain... aku hanya melangkahi penang, perlis dan perak sahaja...
alhamdulillah... 2014 berjaya ditempuhi dengan jayanya walaupun ketika itu Malaysia menghadpi bermacam-macam dugaan yang memilukan.. kun fa ya kun... kalu sudah Allah SWT takdirkan ianya berlaku, tiada siapa boleh menghalang... MH370, MH17 dan sekarang QZ8501... dan alhamdulillah air semakin surut di Kelantan, Terengganu dan Pahang...
Untuk 2015 ini, aku tidak mengharapkan banyak... yang pastinya aku tidak mungkin atau mungkin tidak (iye ke) akan keluar dari Malaysia.. buaknlah blacklist ke apa tapi.. tanggungjawab dan amanah serta persediaan sebagai tuan rumah penganjuran.. kalau aku kuar pun maybe Thailand je laaaa.. hahhaa.. sebab paling dekat.. kihkihkihkih..
dan satu KPI telah diberikan kepada aku... dan yang pasti aku tidak tahu tercapaikah KPI yang satu itu... sebab bukan aku yang tentukan tapi Allah SWT... bagi aku... cukuplah mak dan ayah aku sihat, adik-adik aku sihat dan berjaya... dan kengkawan sekeliling aku happy dan menjalani hidup dengan rasa penuh bersyukur.. sudah memadai bagi aku.. InsyaAllah... dan..
aku try habis kan entry 2013.. hahahahaa...
aku try habis kan entry 2013.. hahahahaa...
No comments:
Post a Comment
kodokrians talk