Monday, 5 January 2015

Impian & Kepuasan

hari ini aku terpanggil untuk bercerita tentang gunung... why..? inilah keje aku seharian duk ofis dari pagi dan sampai nak habis waktu pejabat... kihkihkihkih... klau lah bos aku tahu apa yang disibuknya oleh aku satu hari ini, mampus kena tioew... hehehehehe... padahal ada je keje yang aku nak buat... tapi aku malas.. so layan sawang2 ni kejup... entry 2013 pun banyak lagi taksiap.. muahahahaha... 

so meh kita cakap pasal gunung-gunung ASEAN... cer korang tengok list cakar ayam yang aku buat ni... gunung yang tertinggi di ASEAN adalah Gunung HKAKABO RAZI yang terletak di Myanmar iaitu dengan ketinggian 5881 meter... huhuhu... then Gunung Wijaya Jaya, Papua, Indonesia dengan ketinggian 4884 meter. gunung ini tertinggi bagi OCEANIA walaupun ianya lebih tinggi dari KINABALU kita tuuu..kihkihkih... sebab dari geografinya, gunung Kinabalu terletak di Asia Tenggara sedangkan Puncak Jaya terletak di kawasan Oceania... 

memanglah dari segi sempadan politik, Indonesia termasuk dengan negara-negara ASEAN tetapi dari segi kedudukan yang terletak bukan di garis geografi ianya tidak disenaraikan di Asia Tenggara. oleh itu, Gunung Kinabalu yang selama ini dianggap gunung tertinggi juga tidak pernah SALAH... hehehe.. 1 je yang paling penting, marilah kita sama-sama menjaga khazanah alam ini... hehehehe..


newbie... yup aku masih baru dalam dunia pergunungan.. masih ramai lagi otai-otai gunung yang lebih berpengalaman.. tak kisah lah gunung Malaysia ke mahupun Luar Negara.. yang penting niat..

aku pulak akan perlahan-lahan mengejar impian... mungkin sesetengah orang akan rasa hebat tapi... sebenarnya tidak... tanya lah mana-mana pendaki tegar sekali pun.. diaorg xpernah merasa diri itu hebat.. bukan kekuatan atau kehebatan yang dikejarkan tetapi KEPUASAN... that a posittive thinking and i always tought like that... bagi diri yang baru atau NEWBIE dalam pengunungan ini.. banyak lagi tempat tertinggi aku nak pegi.. 

yup.. banyak orang akan pertikai, mencemuh dan berkata-kata macam.. apatah lagi mengecam.. sesungguhnya aku tidak pernah peduli... sebabnya... mereka-mereka itu mungkin tak pernah merasai kepuasan yang kita inginkan... dan impian aku dengan mereka tidak sama... mereka-mereka itu juga ada impian tetapi janganlah mengeji impian orang lain... 

aku akui, banyak lagi gunung kat Malaysia ini yang belum lagi jejak.. dan amsih banyak lagi gunung-gunung yang tidak bernama akan muncul... seperti di Malaysia, gelaran G7, G11-12 masih lagi blum aku jejak (iya keeee.. ?) sebenarnya sudah.. walaupun aku dah buat HATRIK.... alhamdulillah... but kepuasan dan ragam orang membuatkan aku tak pernah jemu nak buat lagi... InsyaAllah... semoga Allah SWT memberikan kesihatan yang baik kepada aku... masih banyak lagi gunung-gunung dan bukit yang masih belum aku terjah... amin..




5 comments:

  1. setuju ttg 'kepuasan' tu...takde kata2 yg mampu meluahkan perihal 'kepuasan' yang kita kecapi saat berada di puncak..

    target saya la ne ABC aje cik kodok..andai kata ada rezeki tawan ABC saya memang nak gantung kasut..cukuplah..lutut pun dah makin teruk, kecuali dpt tukar dgn lutut baru huhuhu...

    apa pun, moga impian tercapai tak kiralah apa jua puncak yang bakal ditawan...jaga diri baik2 dan paling penting, sayangi hutan mcm kita sayangi diri kita sndiri..

    caiiiyookkkk!!

    ReplyDelete
  2. Ehhh... dah naik Kinabalu ker?? bila naik tu?? btw nak tau jugak lah... gunung tertinggi di Myanmar yg tertinggi di Asean tu tak termasuk dalam Asia Tenggara yer?....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro beruang madu : dah naik 2002, 2007 dan 2012 then... insyaAllah akan naik lagi kot... hehehee... memang betul, gunung tertinggi ASEAN adalah Gunung Hkakabo Razi (5881M) di Myanmar. akan tetapi jika dilihat dari sudut geografi, gunung Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya , Benua India atau lebih tepat di Asia Selatan... hehehehe...

      Delete
    2. oraite... better jangan naik lagi Kinabalu kalau dah naik banyak kali... naik lah gunung yg belum pernah naik lagi.... Trusmadi pun dah naik yer

      Delete

kodokrians talk

Popular Posts