Thursday, 20 August 2015

trip giler : Tanjung Pinang

selamat hari raya aidilfitri guys... trip kali ini memang trip yang aku pernah angan kan dulu kini menjadi kenayataan... dan mungkin bermula dari trip ini, beberapa trip anganku lain juga akan menjadi kenyataan... insyaAllah..

6 ogos 2015 khamis... walaupun banyak halangan aku tetap jugak teruskan langkah ku ke Stulang Laut... terus masuk terminal ferry melalui The Zone... hati yang masih ragu-ragu sejak pagi tadi tidak aku hiraukan... dan semasa beli tiket pun hati ku masih ragu-ragu... betulkah tindakan aku untuk menghilangkan diri buat seketika... aku turutkan langkah kaki aku masuk dalam ferry Marina menuju ke Tanjung Pinang... dengan orang yang rata-ratanya Indonesia, dan hanya sorang dua org malaysia termasuk aku tidak aku hiraukan... senyum aku beri ketika aku memilih tempat duduk... kerusi setiap lane hanya 3 seat so mendaratlah 2 jam 30 min badanku yang letih... 


aku sempat naik dek atas ketika hujan behenti tapi sekejup je lah... saja menikmati angin laut sambil mencuci mata tengok Pulau Batam, Singapore dan Malaysia yang aku tinggalkan... kemudian masuk balik dek bawah dengan harapan lelapkan mata sekejup... tapi terus terang aku cakap.. memang aku xboleh nk tdo bila bot tu meremput obak yang agak kuat... huhuhu.... setiap kali bergegar aku akan terjaga... dan terbuai2... huhuhuh....

sepanjang perlayaran, ombak agak kuat.. maklumlah hujan masih lebat dan sekejap saja berhenti dan kemudian hujan renyai sehingga kaki aku menjejak Tanjung Pinang jam 7.30 malam waktu Malaysia dan 6.45 petang waktu Indonesia... aku menapak keluar dari terminal menuju dan mencari Saadap Hotel... 15 minit perjalanan sampaila tapi keadaan hotel itu diluar jangkaan aku... dengan bau busuk, dan kurang menyenangkan aku keluar meneruskan perjalanan... dengan harapan ada lagi hotel atau rumah tumpangan untuk melepaskan penat hari ini... ini semua kerja giler, cik kodok... so dalam 5 minit kemudian aku jumpa kawasan lapang yang ada meja dan kerusi serta disekeliling nya ada gerai-gerai makanan... 


lepak... mencari idea..



aku duduk seketika dan berfikir samaada nak meneruskan perjalanan ke depan skit untuk cari hotel atau kembali menapak ke bandar untuk cari hotel... hehhehee... kemudian aku disapa oleh seorang pakcik atau bapak.. dia bertanya kan samaada aku nak minum air panas atau tidak.. so aku mintak air kopi tanpa susu saja... masa dia nak hantar kopi tu, aku tanya balik pakcik tu kat depan sana ada hotel atau tidak... pakcik tu ckp ada cuma jalan kaki tak sampai 10 min je pun.. 

tido sini malam ni...

lepas minum dan menghangatkan badanku yang sejuk, aku teruskan langkah ku... 5 min kemudian aku nampak Hotel Panorama... dapat bilik dengan harga 235 ribu rupiah, aku masuk bilik, check toilet semua cantik... so mandi... semasa aku check ini, sempat bertanyakan motor untuk aku menjelajah Trikora Beach dan Bintan Lagoon pada esoknya... alhamdulillah dapat dengan harga 200 ribu rupiah untuk 2 hari... ikutkan mcm nak amik keta tapi memandangkan... klau motor senang nak cilok2... hahahhahaa.. layan kan jee...

sebelum tido, sempat la study road untuk esok... wifi free beb.... hehehehe.... lepas mandi air panas,  masuk dalam kepompong nipis plus ngan selimut tebal, terus aku lelapkan mata... otak tidak mampu nak fikir apa2 pun kecuali esok nak rempit... hahahaha...

#brainwasnotcenter hikhikhik... 




No comments:

Post a Comment

kodokrians talk

Popular Posts