Wednesday, 12 September 2012

cont.... fenomena gangnam style


yuk sambung tentang fenomena ini...

kalu kita baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama :

"isunya bukan gangnam style. isunya, apa style pun, menwajahkan Islam tak? kalau gangnam style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim / muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? begitu juga dengan style-style yang lain.

tetapi kalau sekadar menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim / muslimah, kenapa teruskan dan popularkan..?"

memang Hilal Asyraf itu tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para peminat gangnam style yang menghukum diri mereka sendiri... bacalah berulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi...

"kalau gangnam style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim / muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"

baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan lembut Hilal Asyraf ini. adakah para peminta gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas atau... akhirnya menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf   pada jawapan seterusnya :

"tetapi kalau sekadar ajhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seseorang muslim / muslimah, kenapa teruskan dan popularkan...?"

baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang peribadi indah muslim / muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf.

Kesimpulannya... direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat insaf.

11. ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej Islamik. itu satu dusta kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon nya sopan., bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tiba waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nightlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempauan bercampur, bersosial dan berseronok.

Merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut :
gadis yang sopan tp aktif masa yang perlu,
gadis yang membuka aurat pada masa yang perlu,
gadis yang menutup aurat lebih molek daripada gadis yang tidak tutup aurat,
gadis yang lebig kurang mcm tu....

padahal mesej asal :

Jeongsu-khae boijiman not ttaen noneun yeoja
ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
keureon gamkakjeo-gin yeoja

a girl who looks quite but who gets down when she gets down
a girl who lets her hair loose when she feel it's the right time
a girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
a sensual girl like that

sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose / melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat ngan kemas) akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba..? maka rujuklah rangkap yang awal :

naje-neun ttasaroun inkanjeo-qin yeoja
keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
bami omyeon shimjangi tteuqeowojineun yeoja
keureon banjeon i-nneun yeoja

a girl who is warm and human by day
a classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
a girl whose heart heats up by night
a girl with that kind of twist

inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, dimana dalam perenggan pertama ni memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit) tapi bila tiba malamnya terus tukar jadi liar..

ulasa UAI, "gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki & perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredai Allah SWT dan Rasulullah SAW". background cerita dan lirik lagunya jelas 100% memperomosikan gaya hidup tak berakhlak, memalukan, bagi sesiapan yang menjadi sebagahagian promoter aksi psy.....

korang jangan sama aku,k... ini statement fenomena pun aku kutip kat FB... huhuhu..

12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang lama-lama akan basi dan berhenti. so tak perlu kecoh dan biarkan saja ia tersebar luas. kata-kata ini hanya sesuai untuk orang tak kasihkan umat yang melihat kerosakkan di depan mata tanpa ada apa2 perasaan sedih. pandanglah umat seperti nabi pandangkan umat. Nabi SAW tentu sedih melihat umatnya dilalaikan dengan merelakan diri untuk berhibur dan bergembira dengan cara bagaiman kaum lain lalai. ada juga sampai sehingga cikgu-cikgu di sekolah tidak menegur atau pantau aktivivti pelajar di sekolah... huhuhu

13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosukan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang disaksikan bercampur lelaki-perempuan juga... dulu tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh Imfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergendre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak :

"party rock is in the house tonight
everybody just have a good time
and we gonna make you lose ur mind
we just wanna see ya shake that
everyday i'm shufflin, shufflin, shufflin..."

14. maka hentilah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan bergurau, padahal kesannya meresap ke pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak  berhibur dalam Islam...

hehehehe... panjangkan entry ni... itulah isu fenomenanya sekarang... korang jangan cari aku plak kena entry yang lepas dan entry gangnam style plak... aku pun kutip kat rangan fb... tepuk dada tanya selera... ^^

wallawey...



No comments:

Post a Comment

kodokrians talk

Popular Posts