kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. kat sini aku list atau cerita senang pendekkan cerita dengan indo yang aku dapat....
1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini... ianya sebuat tempat kawasan tinggal segala golongan-golongan elit yang bermandikan kemewahan yang terkenal dengan panggilan "chaebol". golongan-golongan ini termasuklah pengasas jenama samsung dan hyundai. sejak kebelakangan ini berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang antara org miskin dan orang terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah atau org putihnya white collar juga meningkat. semua ini mencetuskan situasi dan perasaan yang sangat menyampah dan benci golongan miskin atau biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.
2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan iaitu mesej disampaikan melalui lagunya yang mangandungi kritikan, satira, sinis... lagunya digunakan untuk mengejek bagi meluahkan rasa geram, benci, meluat dan tension. seperti Eminem... dia pun banyak kritik tentang sosial dalam lirik lagunya....
3. bab paling fenomena iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. tarian dan aksi Psy tidak ada yang specialnya pun, malah ianya adalah tarian-tarian bodoh atau hudoh yang biasa di tarikan dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". then mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagukritikan sosial.... ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah gangnam. tarian itu mengambarkan PSY sebagai seorang playboy. aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy yang disesuaikan dengan lirik membenci kepada orang mewah. aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi sekd ala barat. ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.
4. sepertimana lagu Eminem yang penut mencarut tetapi bermesej kritikan sosial yang baik, boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, PSY dengan imej playboy yang terkinja-kinja sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak. lagipun klip videonya memang tidak berakhlak kan... so memang tepat dan betul jika seluruh umat Islam menentang PSY gangnam ni...
5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan riadah. tetapi percayalah, jika mengamlkan "tarian punggungdi depan rumah Ambiga" juga akan dikatakan senaman pingang dan peluh keluar menitis tetapi adakah patut ianya dijadikan trend padahal ianya tidak berakhlak.
6. Kesinambungan, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tami ramai orang mempraktikkan sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar. padahal..... aksi tarian itu melambangkan imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! dalam Islam kita dilarang beraksi seperti kaum tak berkhlak dan lucah seperti ini. orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang merupakan orang-orang tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. sebab itulah orang Korean sendiri tak faham apa hebatnya tarian PSY itu.
7. di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang sangat dikenali oleh semua wanita sebagai tarian lucah. sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang bermaksud macam "goyang inul" iaitu tak senonoh dan lucah.
8. apabila kita semua setuju aksi2 sebegini adalah tidak berakhlak, kita wajar menyuaran pada dancer performer muslim supaya menghentikan tarian ghairah dan lucah, baik di atas pentas mahupun dalam video klip atau dimana saja yang ada performance. begitu juga tarian yang tidak berakhlak yang mencampurkan lelaki dan perempuan (bersentuhan) walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan seperti tarian silat.
9. kalau yang setengah pihak selepas menonton video klip psy masih tak terasa apa2. klau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita dengan tarian kuda. semua orang faham relate to "menunggang perempuan" siap dengan aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari. Ditonjolkan lagi dengan zoon in punggung perempuan. aksi perempuan yang "menari tiang" dalam tren. semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia menari untuk menonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah seorang lelaki menari "getar pinggang" dalam yang jelas merupakan aksi lucah. hurm.... dah tak tahu nak cakap apa lagi klau orang tgk video klip psy tu tapi tak paham style atau aksi apa.... ^^
10. ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda PSY... kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti lihat, aksi meniru video klip PSY itu adalah salah dari sudut pandangan akhlak islamiyah. ada orang memFWDkan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut :
"ada orang, hidup tak dapat fitrah Islam. Ada orang, ada fitrah Islam tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fitrah Islam tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga. buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni' taklah teruk sangat. kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ni.....
Da'ie kena consider benda ini. kalu kita ni da'ie (penyeru) lah... kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu citer lain....
Jadi, janganlah teguran kita ini melukakan. memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. tetapi dalam bab 'orang sekadar silap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat' adalah cara teguran yang bak."
panjang sangat entry ni... wallawey... ada kerja nak buat.. nanti aku sambung,k....
No comments:
Post a Comment
kodokrians talk